HELPERS HUNGARY – PERKHIDMATAN PENUBUHAN SYARIKAT, SOKONGAN PERNIAGAAN DAN PEMASTAUTIN

HELPERS merupakan penyedia perkhidmatan yang unik untuk warga asing yang tinggal, bekerja atau menjalankan perniagaan di Hungary. Sejak tahun 2005, kami telah membantu beratus-ratus orang ahli perniagaan dari seluruh dunia untuk memulakan dan menjalankan perniagaan, membuat pelaburan atau memperoleh taraf pemastautin di Hungary.

Mengapa Hungary?

  • penubuhan yang cepat dan mudah: syarikat ditubuhkan dan mula beroperasi dalam tempoh 4-5 hari bekerja
  • cukai korporat yang rendah: hanya 9%, ia merupakan satu daripada kadar yang terendah di Eropah
  • nombor VAT antarabangsa dengan segera: tidak menunggu atau keperluan tambahan
  • modal permulaan yang rendah dan tidak perlu didepositkan
  • berkesan daripada segi kos persediaan dan penyenggaraan syarikat
  • lokasi pusat dalam zon Kesatuan Eropah (EU) / Schengen dan infrastruktur yang baik
  • pilihan visa dan taraf pemastautin dengan mudah untuk semua kewarganegaraan

Perkhidmatan paling popular dan semua pakej inklusif kami adalah seperti berikut:

1) Penubuhan syarikat – pakej permulaan dan tahun pertama

Pakej ini termasuk semua yang diperlukan oleh undang-undang untuk menubuhkan dan menyenggara syarikat Hungary:

  • penubuhan syarikat (pendaftaran syarikat secara peribadi atau melalui POA)
  • cukai pendaftaran syarikat
  • nombor VAT tempatan dan antarabangsa
  • bantuan pembukaan akaun bank
  • dokumentasi dalam Bahasa Hungary dan Bahasa Inggeris (bahasa lain boleh disediakan dengan kos tambahan)
  • alamat Budapest pusat dan pejabat berdaftar untuk tempoh setahun
  • pengendalian mel dan penghantaran untuk tempoh setahun
  • perakaunan syarikat permulaan (laporan awal kepada pihak berkuasa)
  • nombor cukai perseorangan dan nombor keselamatan sosial bagi pengarah
  • pendaftaran dewan perniagaan (termasuk yuran keahlian)

Tempoh masa: pendaftaran selesai dalam tempoh masa 4-5 hari selepas menandatanganinya

Kos tambahan yang dijangkakan: perakaunan dan simpan kira (bermula daripada EUR 200/bulan, berdasarkan aktiviti syarikat dan jumlah urus niaga perniagaan); permit dan lesen (jika berkenaan); perjalanan ke Hungary (sekurang-kurangnya satu lawatan diperlukan untuk pembukaan akaun bank);

2) Taraf pemastautin melalui pemilikan perniagaan

Satu daripada produk kami yang paling popular, iaitu pakej ini termasuk yuran permulaan perniagaan dan tahun pertama sebagai syarikat tempatan, serta semua yang diperlukan untuk permohonan taraf pemastautin pengarah:

  • penubuhan syarikat (termasuk bantuan pembukaan akaun bank, pendaftaran VAT, semua keperluan)
  • pejabat berdaftar (setahun; termasuk pengendalian mel dan penghantaran)
  • pelan perniagaan bagi tujuan permohonan taraf pemastautin (berdasarkan input pelanggan)
  • nombor cukai dan nombor keselamatan sosial untuk pemohon (pengarah syarikat)
  • pencarian tempat tinggal (mencari tempat penginapan yang sesuai untuk kediaman)
  • permohonan taraf pemastautin (mengatur fail untuk penyerahan)
  • surat jemputan perniagaan (disahkan oleh pihak berkuasa imigresen)

Tempoh masa: pendaftaran syarikat dalam tempoh masa 4-5 hari selepas menandatangani; permohonan taraf pemastautin akan mengambil masa 1-3 bulan

Kos tambahan yang dijangkakan: perakaunan dan simpan kira (lihat di atas); apa-apa penyelidikan pasaran, pejabat atau gudang, kakitangan atau pelaburan lain yang diperlukan untuk perniagaan; menyewa atau membeli rumah atau pangsapuri; perjalanan ke Hungary (sekurang-kurangnya satu lawatan diperlukan untuk pembukaan akaun bank); yuran permohonan dan kos pelbagai dokumen dan terjemahan (lebih kurang. EUR 100-200)

Jika anda tidak mahu menghadapi kerumitan memulakan perniagaan anda sendiri tetapi masih ingin mendapatkan taraf pemastautin di Hungary, kami boleh mencarikan anda syarikat tempatan untuk dilaburkan – melalui pelaburan ini, anda layak untuk mendapat jenis permit pemastautin yang sama. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut!

3) Perkhidmatan penempatan semula untuk keluarga

Dengan memulakan dan menjalankan syarikat tempatan, semua kewarganegaraan menjadi layak untuk taraf pemastautin di Hungary berdasarkan peranan mereka sebagai pengarah dalam perniagaan mereka. Jika pengarah ingin berpindah ke Hungary bersama-sama dengan isteri/suami beliau dan anak-anak mereka, kami boleh menawarkan pakej perkhidmatan yang menyeluruh untuk keluarga, termasuk permit pemastautin bagi semua ahli keluarga serta semua jenis bantuan untuk membuatkan peralihan menjadi lebih mudah. Sila hubungi kami bagi sebut harga yang disesuaikan untuk seisi keluarga anda!

4) Sokongan yang berterusan dan perkhidmatan tambahan

HELPERS menyediakan sokongan, perundingan dan pengurusan projek untuk membantu pelanggan kami bagi seluruh aktiviti mereka di Hungary. Antara lain, kami menawarkan bantuan dengan perkhidmatan kesetiausahaan, pelesenan, penyelidikan pasaran, carian rakan kongsi, pengambilan pekerja, rangkaian perniagaan, perancangan kewangan dan pemudahan pelaburan secara rutin. Untuk perniagaan pelanggan kami, kami boleh menyediakan dan menubuhkan sebuah pejabat kecil yang diservis atau ruang mesyuarat / kerja ad-hoc atau membantu mereka membina kemudahan mereka sendiri jika diperlukan. Sebelum anda bermula, seorang daripada pengurus akaun kami akan memetakan keperluan anda dan menjawab semua soalan anda.

5) Program pelaburan imigresen

Selain daripada keadaan yang ideal untuk menubuhkan syarikat, Hungary menawarkan peluang yang unik bagi pelabur yang ingin mendapatkan permit penduduk tetap untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka tanpa membuka syarikat.

Mengapa memilih Program Bon Pemastautin Hungary?

  • yang paling murah disokong oleh kerajaan, program pelaburan bon imigresen bebas risiko di Eropah
  • cepat: dapat taraf pemastautin dalam masa hanya dua minggu
  • hanya satu lawatan dikehendaki datang ke Hungary tanpa kewajipan untuk tinggal selepas itu
  • anda boleh membawa keluarga anda (pasangan dan anak-anak yang di bawah umur)
  • tiada pendidikan minimum, pemeriksaan kesihatan atau sekatan ke atas negara asal
  • tiada semakan aset atau kriteria nilai bersih minimum

Berapakah kos kesemuanya?

  • pelaburan: EUR 300,000 – dijamin negara, akan dikembalikan sepenuhnya dalam tempoh 5 tahun
  • yuran pemprosesan kerajaan: EUR 60,000 – bayaran sekali sahaja, hanya ini perbelanjaan anda!

Yuran pemprosesan termasuk:

  • perkhidmatan agensi pelaburan;
  • peguam yang mengendalikan pelaburan;
  • bantuan VIP agensi kami terhadap anda sepanjang proses secara keseluruhan.

Sertai beratus-ratus orang peniaga berjaya yang telah memasuki pasaran Eropah dan memulakan kehidupan baharu mereka!

Perkhidmatan kami biasa disediakan dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Parsi, Serbo-Croatia dan, sudah tentu, Hungary. Bahasa-bahasa lain juga boleh disediakan tetapi mungkin akan mengambil masa yang sedikit.

Untuk pertanyaan atau membuat pesanan, sila tulis kepada info@helpers.hu atau hubungi +36-1-317-8570 (dalam Bahasa Inggeris).